JENIS-JENIS KAIN UNTUK UNIFORM/F1 TSHIRT



Kebanyakkan kita yg ada group2 rapat ni atau pun team dijabatan tempat kita bekerja suka nak adakan satu pakaian seragam utk menunjukkan betapa rapatnya group / team tersebut. Malah ada juga yang suka nak berpakaian seragam ini utk kelihatan gah gitu.. :)

Tapi ramai tidak tahu jenis apa yg sesuai untuk memilih jenis-jenis kain apa yg sesuai, jadi ape lagi..jom kita sama-sama belajar..
 

JENIS-JENIS KAIN




1.             CREPE
Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.

Crepe is the  best type of material > ni pendapat saya la. Sesiapa yang dah biasa pakai crepe ni memang akan dapat bezakan antara crepe and others. Kain die nampak macam ringan tapi bila dah siap jd baju die akan jatuh dan akan jadi cantik dan sangat senang di iron. Sebab itu la kain crepe ini mahal.
 

2.             JACQUARD
Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas kain.

Jacquard ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining and colornya terang.  Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit (tapi kalo korang dry cleaning means problem solved)