JENIS-JENIS KAIN UNTUK UNIFORM/F1 TSHIRT



Kebanyakkan kita yg ada group2 rapat ni atau pun team dijabatan tempat kita bekerja suka nak adakan satu pakaian seragam utk menunjukkan betapa rapatnya group / team tersebut. Malah ada juga yang suka nak berpakaian seragam ini utk kelihatan gah gitu.. :)

Tapi ramai tidak tahu jenis apa yg sesuai untuk memilih jenis-jenis kain apa yg sesuai, jadi ape lagi..jom kita sama-sama belajar..
 

JENIS-JENIS KAIN




1.             CREPE
Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.

Crepe is the  best type of material > ni pendapat saya la. Sesiapa yang dah biasa pakai crepe ni memang akan dapat bezakan antara crepe and others. Kain die nampak macam ringan tapi bila dah siap jd baju die akan jatuh dan akan jadi cantik dan sangat senang di iron. Sebab itu la kain crepe ini mahal.
 

2.             JACQUARD
Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas kain.

Jacquard ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining and colornya terang.  Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit (tapi kalo korang dry cleaning means problem solved)


CARA PENJAGAAN KAIN BAJU



CARA PENJAGAAN KAIN BAJU
1. Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian
Letakkan pakaian dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian

2. Pakaian Terkena Dakwat 
a.    Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
b.    Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
c.    Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

CARA BUAT BAJU KURUNG



Lazimnya anda akan menggunakan kain ela yang panjangnya 4m, bidang 45”

i.    CARA POTONG & UKUR KAIN ELA UNTUK DIBUAT KAIN BAJU KURUNG
UKURAN KAIN ELA diambil bagi
1. Pinggang
2. Ponggong + 4 inci
3. Labuh
4. Dari kain ela yang buat baju : 2m utk baju, 2m utk kain

Contoh:-
1. Pinggang = 34 inci
2. Ponggong =  42 inci + 4,
    kemudian dibahagi 2
    = 42+4 = 46/2 = 23 inci
3. Labuh = 40 inci



                 
1. Kain ela dilipat kepada 2 bahagian. Ukuran dalam 30-33 inci .
2. Ukur labuh dari bawah labuh kain + 1/2 inci (untuk lipat bawah).