Rasulullah SAW telah bersabda:
“Memberi sedekah, menyuruh pada
kebaikan, berbakti kepada ibu bapa dan silaturahim dapat mengubah penderitaan
menjadi kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan.” (Hadis riwayat Abu Naim).
Oleh itu untuk mendapat kerehaan Allah, perkara
tersebut perlulah dijadikan amalan hidup.
1.
Bersedekah.
Setiap
insan boleh bersedekah kerana bersedekah itu bukanlah setakat dengan wang
ringgit semata-mata, kita juga boleh bersedekah dengan apa-apa jua benda
fizikal termasuklah sedaya apa kudrat yang kita ada.
Sepertimana
yang biasa kita dengar, “senyuman itu
juga satu sedekah”.
Abu Hurairah pernah
memberitahu bahawa Rasulullah SAW ada ditanyakan:
“Wahai Rasulullah SAW, sedekah
apakah yang paling mulia? lalu Baginda menjawab: “sedekah orang yang tidak
mampu dan mulakanlah (memberi sedekah) pada orang yang banyak tanggungannya.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu
Daud).
2. Menyuruh pada kebaikan.
Saidina Ali bin Abi Talib turut mewasiatkan kepada
kita berbuat kebaikan:
“Serulah manusia ke jalan Allah (amar makruf) dan
cegahlah mereka daripada kemungkaran (nahi mungkar) kerana apabila kedua-dua
perkara ini ditinggalkan, maka tunggulah kebinasaan umat ini.”
Untuk menyeru kepada
kebaikan ini, tidak semestinya kita perlu menjadi seorang ustaz/ustazah baru
boleh berdakwah/menasihati orang lain.
Dalam kehidupan seharian
pun kita boleh menyeru kepada kebaikan, contohnya:
i.
Dalam kesibukan bekerja, kita nak solat dan tahu ada rakan-rakan yang
masih belum solat, maka kita ringan-ringankanlah mulut untuk mengajak mereka
pergi solat.
ii.
Di pejabat biasalah kaum wanita ni suka bergaya berbagai fesyen yang
kadangkalanya agak keterlaluan. Kita boleh menegur dengan cara kiasan, misalnya
“cantiklah baju kamu, terserlah keayuan kamu bila pakai. Erm tapi kalau kain ni
tebal sikit, lagi cantik, lagi nampak
anggun”.
3. Berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.
Dewasa
ini ramai anak-anak yang mengabaikan kebajikan ibubapa semata-mata kerana
kesibukan bekerja mahupun kesibukan dengan kawan-kawan atau keluarga sendiri.
Ada
yang hanya menghulurkan duit setiap bulan tanpa peduli keadaan/ perkembangan
ibubapa.
Ada
yang selalu balik ke rumah ibubapa tapi sekadar “balik” yang tidak mahu
mengambiltahu apa yang berlaku/perkembangan ibubapa.
Ada
yang tinggal serumah dengan ibubapa tapi rumah itu hanyalah seperti hotel.
Mungkin
kita fikir, dulu masa kecik-kecik kita pun jarang dihiraukan oleh mereka, jadi
selayaknya mereka diperlakukan begitu. Tapi jangan sesekali kita lupa, walau
apa jua keadaannya mereka tetap ibubapa kita. Syurga itu tetap dibawah telapak
kaki ibu! Tanpa mereka kita bukan sesiapa di bumi ini.
Ingatlah,
apa yang kita perlakukan hari ini pasti ada warisnya dimasa depan. Adakah kita
ingin diperlakukan sebegitu oleh anak-anak kita kelak??
Takkan
beroleh bahgia (didunia mahupun akhirat) seseorang yang mengabaikan
tanggungjawab kepada ibubapa.
Allah mengingatkan kita yang bermaksud:
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu
menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat ihsanlah (berbuat baik) kepada
kedua-dua ibubapa.”
(Surah An-Nisa; ayat 36).
4. Memelihara silaturahim.
Pesan Rasulullah SAW bermaksud:
“Sesiapa yang ingin murah rezeki
dan panjang umurnya, hendaklah dia menyambung hubungan dengan saudaranya
(silaturahim).
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Menambah berkat umur dan
menolak kejahatan
Sentiasalah menghargai setiap saat yang kita ada,
bersyukur dan sentiasa melakukan perkara yang berfaedah demi mencari keredhaan
Allah dan supaya mendapat keberkatan di dunia dan juga akhirat.